Thursday, 13 August 2015

macaroni aglio olio

salam ...

hari ni mommy nak kongsi satu recipe macaroni yang amat mudah disediakan, tak sampai setengah jam pun tau... macaroni ni pun sesuai untuk buat makan2 time event ke, birthday party ke, yang parents nak ajar anak kecil masak pun boleh...orang orang bujang pun boleh ye  sebab memang mudah, bahan2 yang digunakan pun bahan yang tersedia di dapur. aglio olio tu maknanya dimasak menggunakan garlic dan minyak , itu pasal dipanggil aglio olio,
tapi recipe mommy ni dah tukar sikit ke melayu...harap ada sudi yang mencoba recipe mudah mommy ni....

bahan bahan:


  1. macaroni setengah paket (kimball brand sebab murah )
  2. garlic 10biji (cincang halus)
  3. daging cincang setengah paket (ramly brand)
  4. minyak 2 sudu besar
  5. cili padi 4biji (untuk pedas , tak suka pedas jangan letak)
  6. carrot(cincang halus)
  7. cherry tomato (potong 2, tak suka tomato jangan letak)
  8. lada hitam ikot suka

cara masak:
  1. isi air di dalam periuk ,bila air mendidih isikan macaroni dan tunggu 10 minit hingga macaroni lembut, nak tahu lembut ke tidak rasa pakai mulut anda ye macaroni tu...
  2. isi minyak dalam kuali dan tumiskan garlic dan cili padi yang dicincang tadi.tumis sehingga kelihatan garing dan naik bau.
  3. letakkan daging cincang kedalam kuali bersama garlic yang ditumis tadi, gaulkan daging bersama garlic sehingga hilang air daging.
  4. letakan lada hitam hancur satu sudu kecil kedalam kuali yang ditumis garlic, dan daging, kemudian letak carrot. dan gaulkan sehingga carrot masak sedikit,
  5. tuangkan macoroni dan tomato ke dalam bahan tumis tadi. 
  6. kemudian letak garam ikot tahap ke masinan anda yang anda mahukan,.
  7. siap.......
serving untuk 5org makan,
masa penyediaan 25minit

tips nak macaroni tak nak bagi macaroni pecah apabila masak tu, jangan rebus macaroni terlalu lama dan lembut, cukup sekadar rebus 10 minit dan macaroni masak kenyal2 gitu,


mudahkan masak macaroni ni, anda boleh tukarkan macaroni kepada spagethi atau angel hair, anda boleh juga letak meat ball ke, udang sotong dan fish fillet,, apa2 je bahan ada di dapur boleh letak, orang itali letak anchovies tau, tapi anchovies dorang agak sedap dan besar2 lah....


anak mommy memang suka spagethi dan macaroni ni. masak je berdesup dia makan macam halilintar.... hihi

tapi mommy ni tekak melayu, tak minat sangat makan matsaleh ni.. masak pun bila anak dan suami tercinta mintak. ok sayang sayang sekalian .. jangan lupa cuba tau... mudah dan cepat....

nah tatap lah gambar macaroni mudah ku ini.....

Wednesday, 12 August 2015

Mak ayah oiiiiii

Salam. Hari ni mommy pergi jkids di paradigm bawak anak mommy main indoor playground. Biasa lah budak budak nak membesar kan memang lah kita ni sebagai parents nak bagi anak anak buat activity yang cerdaskan minda anak anak and the same time kita nak anak anak ada komunikasi dgn kawan kawan sebaya kan.

Waktu mommy bawa anak bermain playground tu mommy biarkan aje anak mommy main n bergaul dgn kanak kanak yang lain,tapi mommy tengok anak mommy macam tak boleh nak main pula bilamana mak ayah sibuk duduk di hadapan slide nak jaga keselamatan anak kononnya,di tempat panjat2 itu pun mak bapak duduk panjat juga takut anak jatuh,lepastu di bahagian balloon dan bola pun mak ayah duk masuk juga kedalam nak bermain dgn anak . Ok fine ,mommy tak kisah,tapi anak mommy macam rimas pula bila mana mana die nak main pasti adult ada disitu juga. Bukankah indoor playground itu sudah cukup selamat? Kenapa nak dijaga lagi anak tu? Biarkan lah anak anak bebas bermain dan bergaul dgn teman teman sebaya. Mommy bayar mahal2 untuk playground ni nak bagi anak mommy enjoy. Tapi ni dah lain pula cerita nya,org tua pula enjoy main sekali. Tempat trampoline tu pun parents nak jump juga ke? Tak takut ke bocor trampoline tu mak oi?

Lagi satu yang mommy pelik ni,kenapa parents tu tak bagi anak die berkawan dgn anak anak orang lain kat playground tu? Salah ke kalau anak anak kita bergaul? Kan bagus diaorang belajar komunikasi . Tak kisah lah anak ekau speaking matsaleh ke india ke cina ke , bergaul je lah. Kalau tak nak bagi anak berkawan,letak anak tu dalam umah beli sangkar pastu letak anak dalam sangkar ye.  Kikiki

Biarlah anak nak main lagu mana pun,tak payah jaga sangat kat dalam tu. Xde bahaya nya,ni setiap sudut mak ayah nak berdiri nak main nak tercongok,macamana kanak kanak lain nak main?

Biarlah anak anak kita berkawan dengan siapa pun,anak kita kecil lagi ,die tak faham pun kenapa kita tak bagi anak kita berkawan dengan orang hat tu hat ni. Biarlah mereka tentukan siapa anak kita nak berkawan. Nnt besar2 esok pandai lah depa pilih kawan2 depa.

Tapi sebenornya mommy nak cakap,kalau pi kat indoor playground tu mak ayah tak payah lah dok sibuk nak main juga. Bagi kanak kanak lain laluan untuk main ya. Kesian anak anak orang lain juga ,jangan kesian kat anak ang je... lagi satu kalau dah parents dtg ber group2 mcm rombongan cik kiah nak duduk tu pergilah duduk bahagian kerusi n sofa yang disediakan tu,xpayah lah duduk bahagian tempat main kanak kanak sambil bergosip ,budak nak main pun susah.

Jangan ada terasa kat mommy ye... kikiki

Byebye

Tuesday, 11 August 2015

Cara Hilangkan peluh di KETIAK

Salam....

Sekarang mommy nak bagitahu cara nak hilangkan peluh kat ketiak hang tu...

Semua orang keluar peluh kat ketiak kan. Ada banyak peluh ada yang sikit.
Alang2 ni mommy nak cerita sikit lah hal ketiak peluh ni.
Itu hari mommy pergi setia city mall dgn anak and laki mommy. Mommy ni kalau jalan jalan kat mall mommy suka tengok orang ,tengok orang yang cantik2 lah kan,bukan tengok sbb suka jatuh cinta tapi tengok cara depa pakai baju ,tengok kasut depa tengok muka depa.. al maklumlah manusia ni memang suka tengok yang cecantik je kan. Pastu dok mommy jalan kehulu kehilir ngekor anak mommy yang baru dapat kaki tu,mommy ternampak seorang wanita ni amat2 cantik,siapa tengok mesti tertawan,rambut panjang mengurai , tinggi orang nya, muka pun mmg cantik lah kan. Mommy perati je sebab cantik sangat,wanita tu tgh jalan dgn kawan2 die kot sekali die tengah gelak2 dgn kekawan die ,die macam ketawa terbahak2 nak tutup mulut dgn tangan die tu ,mommy ternampak baju bahagian ketiak die basah bila mana die angkat tangan tu tau ,terus hilang mood mommy nak nengok die.. hihihi nak aje mommy bagitahu die pakai perspirex tau...

Sayanglah kan muka dah cantik tapi tiak basah kan,nak pakai baju kaler terang2 tu pun malu tau uols...
So mommy nak bagitahu lah korang ada caranya nak atasi,pakai lah perspirex ni, ada di jual di farmasi seperti guardian atau watson,kadang2 farmasi biasa macam dekat2 dgn rumah uols pun ada jual juga rasanya. Harga lebih kurang rm50+,tapi walaupun harga die mahal sangat berbaloi la korang,pakainya cuma sekali seminggu selepas mandi dan sebelum tidur. Korang lepas mandi tu lap lah tiak tu kering2,pastu roll lah perspirex tu kat tiak korang tu,pastu biar kan kering baru pakai baju ye.
Mommy tahu harga die agak mahaĺ,tapi berbaloi baloi untuk hilangkan peluh tu dik non oi,dulu mommy sampai menangis2 malu ketiak mommy berpeluh tak mcm manusia biasa,bila mommy tahu pespirex ni leh hilangkan peluh,pejam mata je mommy beli yang penting ketiak tak de peluh.
Jangan kata mommy tak guna petua tradisional letak limau lah,kapur lah,kunyit garam semua mommy dah ikot,tak mahu juga hilang peluh,ingat nak masak asam pedas ke ketiak ni segala sayur rempah ratus petua nenek moyang ni suro pakai... hahahahha

So siapa2 jangan fikir banyak banyak lagi,tak payah bazir duit cucuk2 hormon bagi nak hilangkan peluh,xelok untuk kesihatan tu tau pastu ada side effect pula. Pakai je pespirex ni..
Bende baik apa salahnya kongsi dik non oi....
Ni mommy tepek ye gambo pespirex kat sini.. ok bye



Bermula Kisah Manusia Ku

Salam perkenalan kawan kawan. Nama kita mommy yumi,zaman my space dulu2 mommy letak nama mommy yumiko ichhan...hihihi konon konon nama glemer la tu...puih....  Panggil iols mommy je lah ye. Mommy ni dah beranak satu and ada suami. Mommy baru buat blog ni sebab mommy nak mulakan kisah baru mommy. Lebih kurang macam life journal mommy lah blog ni.

Sebenarnya before ni mommy dah pernah ada blog. Tapi mommy rasa macam dah x sesuai dgn umur mommy yang meningkat ni. Blog mommy yang lama semua kisah masa mommy muda remaja yang merepek repek.
Mommy pun delete lah blog lama mommy yang macam kanak kanak ribena tu.

Lepas ni mommy akan cerita kan kisah kisah hidup mommy and tips tips kecantikan ke kesihatan ke kan ,walaupun mommy ni xlah cantik pun..ataupun mommy nak kongsi resepi mudah mudah untuk ibu ibu yang tak sempat nak masak susah2 tu...kikiki

Ok la ,buat masa ni itu je mukadimah yang mommy boleh bagi. Untuk post gambar muka mommy ,mommy pikir sejuta kali dulu la ye. Sbb sebelum ni banyak salah faham mommy dengan orang2 keliling mommy bila mommy tulis blog yang lama tu.
Tapi xpe . Mommy xkisah pun.
Marilah baca kisah mommy yumi seorang manusia biasa ni ye.. kalau boleh follow lah sekali.. hihi
Ok bye2...